Thursday, January 6, 2011

Cinta Hati

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Selawat dn salam selamanya ke atas junjungan besar Rasulullah Sollallahi alaihi wasallam..

Cinta hati adalah buat yang terutama dan yang pertama...

Katakanlah: "Jika bapa2, anak2, saudara2, isteri2, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah2 tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.” (QS At-Taubah ayat 24)
kenapa kita perlu bicarakan tajuk ini? cinta hati?

-kerana tak kenal maka tak cinta! Bila kita mencintai dengan sepenuh hati akan sesuatu perkara,kita akan benar2 berusaha memenuhi permintaanya, rela berkorban apa sahaja deminya.segalanya adalah untuknya.itu lumrah,itu hakikat bagi frasa CINTA itu. terus, meletakkan cinta buat PENCIPTA teramat sangatlah penting dan UTAMA.


 kenapa cinta utama buat Pencipta?

- kerana hati ini milik DIA. jiwa ini milik DIA. sedarkah kita,segala yang ada pada kita bukan kita punya. jadi, kita yang mengaku beragama ISLAM, harus punya MATLAMAT HIDUP YANG JELAS! biar Allah jadi matlamat kita. bukan asyik memikirkan kata dan omongan manusia pada kita. biarlah kita punya angan, untuk melihat hasil buahan yang masak ranum di negeri yang kita akan diami dengan kekal abadi. jika kita benar meyakini JANGKA HAYAT yang lama di alam AKHIRAT sana, maka  pokoknya harus disirami air dan dijaga rapi serapinya sejak di sini lagi. insyaAllah hasilnya nanti lumayan.

No comments:

Post a Comment